Adikku
Kakakmu ini masih tertanya-tanya
Apakah isi hatimu tika ini
Mengapa mesti jadi begini
Apakah hatimu tidak gembira
Adikku
Apakah yang kau mahukan
Apakah yang kau harapkan
Apakah yang kau idamkan
Kakakmu ini masih tidak mengerti
Apakah belenggu di hati kecilmu
Adikku
Apa yang berlaku selama ini
Pasti ada hikmah sebaliknya
Allah jadikan kita dengan pengertian
Agar kita berpijak di bumi nyata
Yang tidak kekal selama
Adikku
Kepulanganmu amat diharapkan
Usahlah merajuk lagi
Pintu rumah sentiasa terbuka buatmu
Buanglah rajukmu itu
Apa yang berlaku ada maknanya
Kita hanyalah insan biasa
Tidak bisa lari dari terluka
Adikku
Rajukmu tidak membawa bahagia
Ketiadaanmu amat dirasai
Ibu dan ayah tetap menyayangimu
Saudaramu tetap bersamamu
Usahla kau menyepi diri
Apa yang kakakmu ini risaukan
Hanyalah
Tiada kesempatan untuk bermaafan
Dunia akan berakhir bila-bila masa
Kakakmu ini berharap
Kau akan mengerti
Adikku
Buanglah yang keruh itu
Lupakanlah yang pahit itu
Usah kau kesali apa yang terjadi
Usah kau terharu apa yang berlaku
Kerana
Apa yang tersurat itu adikku
Telahpun dibuat
Pintalah kemaafan dari orang tuamu
Selagi masih ada kesempatan
Batu nisan sentiasa menanti
Entah bila kita sendiri tidak pasti
Kembalilah..
Kami amat menyayangimu
---------------------------------------
Coretan 28 Mei 2001
Kakakmu ini masih tertanya-tanya
Apakah isi hatimu tika ini
Mengapa mesti jadi begini
Apakah hatimu tidak gembira
Adikku
Apakah yang kau mahukan
Apakah yang kau harapkan
Apakah yang kau idamkan
Kakakmu ini masih tidak mengerti
Apakah belenggu di hati kecilmu
Adikku
Apa yang berlaku selama ini
Pasti ada hikmah sebaliknya
Allah jadikan kita dengan pengertian
Agar kita berpijak di bumi nyata
Yang tidak kekal selama
Adikku
Kepulanganmu amat diharapkan
Usahlah merajuk lagi
Pintu rumah sentiasa terbuka buatmu
Buanglah rajukmu itu
Apa yang berlaku ada maknanya
Kita hanyalah insan biasa
Tidak bisa lari dari terluka
Adikku
Rajukmu tidak membawa bahagia
Ketiadaanmu amat dirasai
Ibu dan ayah tetap menyayangimu
Saudaramu tetap bersamamu
Usahla kau menyepi diri
Apa yang kakakmu ini risaukan
Hanyalah
Tiada kesempatan untuk bermaafan
Dunia akan berakhir bila-bila masa
Kakakmu ini berharap
Kau akan mengerti
Adikku
Buanglah yang keruh itu
Lupakanlah yang pahit itu
Usah kau kesali apa yang terjadi
Usah kau terharu apa yang berlaku
Kerana
Apa yang tersurat itu adikku
Telahpun dibuat
Pintalah kemaafan dari orang tuamu
Selagi masih ada kesempatan
Batu nisan sentiasa menanti
Entah bila kita sendiri tidak pasti
Kembalilah..
Kami amat menyayangimu
---------------------------------------
Coretan 28 Mei 2001
0 Responses
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)