Pesanan Untukmu Adikku
Adikku
Hidup ini umpama lalang
Diterbangkan angin yang mega
Ke sana ke mari mencari arah

Adikku
Hidup ini umpama kertas putih
Tiada corak, tiada warna
Dikau sendiri yang tentukannya

Adikku
Hidup ini umpama roda
Seketika di atas dan seketika di bawah
Dan adakalanya terhenti seketika

Adikku
Hidup ini umpama langit
Adakalanya kelam bersama awan hitam
Adakalanya ceria bersama awan mega

Adikku
Hidup ini umpama kaca
Bila digilap maka bersinarla ia
Pabila berderai menyakitkan kita

Adikku
Hidup ini bukannya mainan
Diri ini bukannya boneka
Semua ada maknanya

Adikku
Mengertilah
Setiap apa yang berlaku
Adakalanya kerana kealpaan diri
Adakalanya kerana kelalaian diri
Sampai bila
Sampai bila kita berada di percaturan
Sehingga itulah kita perlu redha
Kudrat yang ada
Jangan dipersia
Peluang yang ada
jangan dipersia
Ambillah kesempatan yang ada
Untuk menganyam semula
Benang emas yang kian longgar
Antara kita

Kami amat menyayangimu
Kembalilah adikku...
--------------------------------------
Coretan 28 Mei 2001 5.05 pagi
0 Responses