Ruangan Baru
Salam semua.. Masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri .. Maaf Zahir & Batin .. Semoga lebaran ini membawa rahmat dan kebahagiaan kepada semua..Insya Allah..

Hati-Neija pada asalnya diwujudkan untuk saya berkongsi hasil karya puisi saya sementelah ini. Nukilan rasa ini lahir dari hati seorang insan biasa yang berkarya untuk meluahkan rasa hati yang terpendam.. Walau kata-kata tidak seindah sasterawan lain, namun saya gembira kerana mampu meluahkannya untuk tatapan semua.

Sebagai tambahan pada blog ini, saya wujudkan ruang koleksi lagu dan lirik lagu yang saya gemari. Bukan hanya pada melodi tetapi kerana bait lirik yang memberi seribu makna kepada insan yang bernama Neija ini.

-Sharing Is Caring-
Labels: edit post
0 Responses