Manusia Yang Alpa
Tersepit
dalam ruang yang kau bina sendiri
usah ditanya mengapa jadi begini
kerana semua salah diri

Tersepit
sesungguhnya pedih
usah kau menyesal
kerana semua salah diri

Cukup kuatkah kau untuk melepaskan diri
Cukup tabahkah kau menghadapi
Wahai manusia yang alpa
jangan kau lupa
Dia menciptakanmu untuk sujud kepadaNya

Orang selalu kata..
semua yang berlaku adalah dugaan dariNya
tapi sedarkah kamu wahai manusia
bukan semua adalah dugaan
tetapi Balasan atas kealpaan hambaNya
0 Responses